. Pernah tengok aku marah ? .

6:38 AM

Greeting Text

Lantak kamu lah nak jawab salam ke tak . Aku tak mau amik tau . AKu tak nak tanya hampa sihat ke tak . Aku meluat jadi baik nih . Kejap , Aku ni baik ke ? HAHAHAA . OUTA SUNGGUH !  Sorry lah brader , Aku ni sikit pun tak baik . Selama ni kan , aku SABAR tau ngan kamu kamu sekalian . Aku tak pernah nak marah . Aku selalu cakap "tak pa aih , bukannya apa pun , Aku tak marah la , rileks la , Chill la , "  KAN KAN ?sapa yang kenal aku tu tau la . Aku marah bila KELAS BISING je pun . Nabi Muhammad pun maafkan umatnya ynag jahil . Sapalah aku untuk mendendam dengan hampa kan ? Memang senang bagi aku untuk maafkan hampa , Aku cuma kena buang je batu yang menghempap kat bahu aku tu . Tapi lepas buang tu , ingat aku senang senang je nak biarkan lebam yang hampa tinggalkan , Skait tau tak ?! SAKIT ! Setiap malam aku buang masa , bazir masa aku tidur sebab menangis sebab korang . Aku kadang kadang fikir jugak , korang ni bukannya MAK aku yang aku nak sedih bebagai kenapa ? MEMBAZIR je .Memang betul apa yang mak aku cakap , KAWAN TAK PENTING PUN  . Mula mula dulu aku pelik la jugak . Sekarang aku baru faham . Tak da orang dalam dunia ni yang semuanya akan support kita sepenuhnya , TAK AKAN ADA ! 
Bila aku fikir fikirkan balik ,  kenapa aku terhegeh hegeh duk buat baik ngan korang , padahal korang bukannya nak dengar pendapat aku , bukannya nak kesiankan aku , apatah lagi fikirkan apa yang aku akan rasa bila korang buat macam tu . Setiap pagi aku muram , tapi last last aku cakap jugak ngan korang , takut korang sakit hati .Padahal , bukannya korang nak tegur aku ke , kalau sepanjang pagi kat perhimpunan tu aku tak tegur , sampai balik kelas lah korang tak akan tegur aku . Kalau ikutkan , memang aku nak je buat bodoh dengan kau , tapi tak sampai hati , Aku terharu kepada kawan kawan aku yang betul betul ambil berat kat aku . Thanks . Kepada korang , aku pun ucapkan teriakasih sebab gunakan servis aku . Bila tak de kawan cari aku , bila ada ditch aku sorang sorang , Bila nak pinjam kerja sekolah cari aku , Bila nak menangis berbagai , meroyan macam orang gila cari aku , Bila nak tau gossip cari aku ,  Bila nak tau pasal seseorang cari aku , Bila nak suruh bodek cikgu cari aku , Bila nak lukis cari aku , Bila nak hias cari aku , Bila tak de pa pe buat macam aku ni halimunan , thank you very much . Aku tau aku ni nampak sangat kan , mengada ngada , terhegeh hegeh , tapi aku tak boleh nak elakkan daripada tu semua , Tu diri aku . AKu akan terasa bila korang buat macam tu . Sorry la .
 Aku pulak susah nak cakap "tak nak" kepada pertolongan korang , Aku tak boleh tolak permintaan korang , aku tak sanggup mintak bayaran daripada korang , AKu tak de sampai hati nak buat bodoh kat korang . Aku memang tak boleh , Tapi yang aku boleh , handal , pandai , berbakat , tereee sekali berlakon depan korang , macam semua ni aku tak pernah kesah ,HIPOKRIT LA KATAKAN . perkataan hipokrit tu memang sebati dalam diri aku , aku tak berani nak straight  , aku terlalu hebat menipu perasaan , aku pulak kuat MENGACUM . Ini semua FAKTA . SEMUA 100% BENAR . Terutama bila orang yang berkenaan cakap pasal aku . Aku tak nak la kata "no komen " menipu la nama nya . So , aku harap "KORANG" akan jauhi dari aku . tolong lah , sebelum belang aku keluar .meh aku bagi tips , untuk perkataan "korang" dekat atas ni semua boleh jadi seorang sahaja , boleh jadi ramai , boleh jadi perempuan , boleh jadi lelaki , dan yang paling penting , orang yang aku kenal , dan orang yang tersenarai sebagai kawan dalam hati aku .
mengeluh# . AKu tak tau la , aku ni terlalu mengharapkan sangat kat insan yang digelar "kawan kawan" Diorang bukannya bayar yuran aku , bukannya bagi makan minum aku pun . Tapi aku sayang semua kawan kawan aku . At least yang rasa dia kawan aku . Macam mana pun , pergi sekolah nanti , aku akan tetap jadi aku , macam semua ni tak pernah jadi . Macam blog post ni tak pernah publish . Macam aku tak pernah marah , macam biasa , dengan senyuman aku yang sumbang , dan harapan aku yang tinggi mendoakan agar setiap hari aku diberkati oleh Allah swt . AKu akan tetap jadi Syazwani Binti Kader Ibrahim yang dikenal oleh kawan kawan aku . Nampak sangat aku tak ikhlas , Aku mintak maaf , Being mad , and not smiling is SO NOT ME ! Kalau aku kenal diri aku sendiri , aku tau aku sepatutnya seorang yang ceria dekat sekolah . Tapi aku bukannya baik sangat , kalau aku ni baik , tak de orang nak mengata aku . Aku faham tak pe . Setakat ni aku benci 'korang' , tapi aku tak de lah nak jelir lidah dekat korang . Aku akan tetap jadi aku .
Aku rasa pelik dengan post ni , sebab tak merapu . dan tak de unsur unsur happy . Janggal , Akwaarrd , Insyallah aku tak akan tulis menda macam ni lagi , Assalamualaikum . Love , your friend


From your friend : I love you guys soo much . I love my friends , or at least if  Im ur friend . I love you and I mean it  . ='( 

You Might Also Like

0 Comments