Dulu dan Sekarang

9:07 PM

Esok dah nak balik kolej oiii... banyak g benda yang x setel lagi ni.. haha hati ni kecewa.. kecewa dgn diri sendiri sbb bayangkan cuti sebulan, homework tersimpan kemas dalam beg... bersih drpd cap jari aku mahupun sesiapa.. adik kecik aku yang suka kelongkar beg pun x terlekat cap jari dia kat situ... betapa hebatnya sistem security ciptaan aku.. hahaha...


Tapi, aku x dibenarkan rasa kecewa oleh someone sebab dia cakap tu salah aku sendiri, sbb tau nak enjoy ja.. haha.. betoi la apa dia cakap, saja dia bg aku lagi rasa bersalah.. hahaha.. bila semakin nak balik kolej ni, nak tinggalkan rumah kesayangan dan family tercinta, perkara biasa yg akan terjadi, kita akan terfikir sejauh mana contribution kita kat rumah..lepas tu mula rasa sedih dan sedih sbb cuti terbuang dan x guna untuk spend masa betul2 dgn family terutamanya mak ayah... kalau zaman sekrang banyak mengadap gadget.. haih dunia akhir zaman, penuh dgn perkara sia sia..

Walaupun agak sedih aku rasa atas nasib cuti aku kali ni, namun kali ni fikiran aku terbang jauuuuhhh lagi kebelakang.. zaman aku sekolah dulu.. di mana aku sgt berbeza daripada aku sekarang.. di zaman persekolahan yg mana zaman itu, boleh dikatakan zaman keemasan zaman yg terindah buat setiap manusia.. ya, aku pun rasa begitu...dahulu.. zaman tu, hidup aku sentiasa dipandang hebat oleh orang, terutamanya pelajar sekolah tu... aku boleh bersukan, aku pelajar terbaik sekolah itu dalam akademik... dihormati oleh segenap pelajar dan kawan2 aku.. tapi masa tu aku xpernah rasa aku menjadi diri aku sendiri.. ye lah.. hidup aku untuk memenuhi expectation org pada masa tu.. haha..aku takut sgt orang mematahkan harapan yg org letak pda aku.. tp tu lah.. rupanya aku sendiri yg terpenjara dlm dunia kesempurnaan... mgkin akn ada yg x bersetuju dgn aku tp ini lah cerita aku... dgn segala apa yg aku ada masa tu, aku hidup sendiri, susah nak ada rakan yg rapaaaat betul dgn aku.. org takut nk dekati aku.. make sense... haha... smpai aku berdoa supaya Allah kurniakan aku seorang pembimbing yg dapat bantu aku setiap kali aku kecewa dgn diri sndiri..

Aku tunggu hari di mana org itu akan tiba,, rupa rupanya dia telah dtg ketika aku di tingkatan 5 tanpa aku sedari... (tp perkara yg selepas ni berlaku bukan di tingkatan 5) dia yang menyedarkan aku bahawa hidup yang bahagia ialah menjadi diri sendiri.. aku diajarnya untuk membuka topeng dan menunjukkan diri aku yg sebenar.... selama ni ego aku yg memuncak tinggi, dia jatuhkan macam tu ja... haha.. xtau knapa.. mgkin ego dia lg power.. haha tp cerita dia, stelah lama mana aku jumpa manusia, dia org pertama... dia lepuk pemikiran aku,dgn kata katanya "kenapa kalut fikir pasal org? bukan depa yg suap makanan kt mulut hg selama ni.. tgn tu sendiri. kadang2 kita x leh gak nk puaskan ati org ja. diri sendiri penting gak.. biar pi la org nak cakap pa.. lama2 nnti penat la.." Sentap aku bak hianggg.. haha.. klu hmpa nk tau aku dulu, (skrg dh kurang tp masih ada) aku la manusia paling paranoid, yg sgt overthink ttg stiap perkara terutamanya melibatkan pandangan org lain terhadap diri aku.. yg tu aku kena lepuk gak dgn dia ni.. hahaha..

So apa yg aku nak cerita, belajarlah jadi diri sendiri dan jgn mengejar kesempurnaan kerana kesempurnaan bukanlah satu kebahagiaan.. jadi diri sendiri dan bersyukur dgn apa yg kita ada itu adalah ketenangan.. ketenangan itu lah kebahagiaan yg sebenar.. bersyukur lah dan bukti kita bersyukur kita hidup dgn apa yg kita ada dan dgn apa yg kita ada tu, guna utk dekatkan diri kpd Pencipta kita, Allah.. sbb Allah berfirman dalam Al-Quran Surah Ar-Ra'du (13:28), " dgn hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." kalau hidup kejar kesempurnaan, macam aku dlu, sbb nk penuhi expectation org, sampai bila kita xkan bersyukur.. ye x?

point no 2, cari org yg mcm 'dia' yg aku cerita td.. bila jumpa buat dia bg jadi sahabat dunia akhirat.. jaga dia betoi2 sbb org mcm ni ja yg sedar dunia ni bkan segalanya.. klu org ni berbeza jantina, target bg jd pasangan hidup haha sbb dia serius terbooeeekkk...bukan setakat dpt org nak bantu kita kat rumah n dalam hidup, dapat penasihat yg sentiasa perihatin dgn kita... aku dulu, bukan aku mintak pun dia nasihat aku, dia yg mai nasihat aku sendiri.. ikut suka dia ja.. aku x bg line pun.. hahaha.. tp Allah bnyak bantu aku melalui dia utk dpt balik matlamat hidup.., aku bersyukur sgt sgt sgt.. hmpa balik ni p cari org macam ni.. nk crita pasal si 'dia' ni sikit, sikit dah la.. dia org yg sgt berprinsip.. pegangan dia kat pendirian dia sgt mantap... hg kekasih dia ka,tunang dia ka, xkan dpt buat dia ubah fikiran.. bukan maksud aku dia ketegaq, x.. dia xakan buat sesuatu yg bagi dia, utk diri kita x baik.. klu benda tu mendatangkan keseronokan yg sementara tp keburukan dia lebih kekal, pujuk pii lah macam na pun.. last sekali kaki ja hg dapat... haha.. aku sendiri yg banyak mendalami ilmu agama, yg hafal banyak dalil2 alquran mahupun hadis, x dapat nk amalkan mcm dia walaupun dia scara jujurnya, tidak mempunyai ilmu agama yg tinggi.. Tapiiii dia lebih amalkan lebih dr aku yg tau bnyk ni,, malu sungguh aku kt dia.. haha.. Dan dia ni jugak lah  yg ajar aku ttg kematangan.. walaupun aku tua dr dia, dia matang lebih g.. dulu aku ingat matang itu ialah dikagumi rupa rupanya, org yg matang ialah org yg memahami dan suka mencari penyelesaian drpd perbalahan...

Jadi, cari org camni, susah nak jumpak, tp sekali jumpa ckup untuk bawak ke syurga in shaa Allah.. org yg sabar menunggu kita berubah drpd diri kita yg dulu dan sntiasa memaafkan kslahan kita tatkala kita 'mengada'.. haha.. jadi post kali ni banyak cerita pasal aku sbg pembuka kepada post2 aku slps ni.. tapi banyak pengajran yg aku cuba selitkan (kalau sampai, x smpai sorry guys) untuk sama2 kita amik pengajran.. semoga menjadi peringatan buat kita semua, dan terus lah kita beri peringatan kepada org lain kerana Allah berfirman dalam surah Az-Zariyat (51:55), " berilah peringatan kerana peringatan itu mendatangkan faedah kpd org2 yg beriman."

In shaa Allah, aku sudahi post pertama saya dgn jutaan terima kasih kerana boleh tahan baca panjang gila nak mampoih, bak org kedah kata.. haha

JAZAKUMULLAHUKHAIRAN,

-rikudou saiyan-

You Might Also Like

0 Comments