Sentapan buat Si Bijak, Penguat bagi yang Berduka

7:21 AM

Dugaan dan cabaran sememangnya lumrah bagi seorang manusia. Oleh itu, pada hari ini ingin saya menyentuh satu perkara yang sangat ditakuti terutamanya sebagai seorang pelajar.. In shaa Allah.. Sebagai seorang pelajar, tekanan yang utama adalah keputusan peperiksaan.. siapa yang dapat result yang baik pasti akan gembira atas usahanya dan orang yang dapat kurang memuaskan akan berasa kecewa kerana berasa diri bodoh dan tak punyai harapan walau pun sebanyak mana usaha..


Wahai jiwa-jiwa yang cemerlang, sedarlah bahawa kejayaan yang ada pada dirimu tidak pernah milikmu walau sesaat.. Ya, sememangnya kejayaan itu terzahir melalui diri mu dan atas usaha mu yang penat lelah memburu kejayaan tersebut... tetapi harus kita ingat, walau hebat bagaimana sekalipun usaha kita, keringat banyak mana sekalipun yang dicurahkan, sesungguhnya kejayaan itu takkan sesekali timbul dan wujud jika bukan dari keizinan-Nya... Kejayaan itu milik Allah sepenuhnya dan Dia yang kurniakan nikmat tersebut kepada yang Dia kehendaki.. Namun, apabila kecemerlangan itu ada pada dirimu, langsung tidak bermaksud engkau itu dikasihi Nya... Lupakah engkau bahawa Firaun, Haman, Abu Jahal (yang dikenali sebagai Abu Hikam yang bermaksud bapa segala kecerdikan sebelum kedatangan Islam) itu juga memiliki kecerdikan dan kecerdasan akal yang hebat malah boleh kita katakan lebih bijak daripada kita? Lupakah kamu bahawa dalam Islam terdapat konsep istidraj? Jadi mengapa kamu harus bangga-banggakan atas nikmat yang kamu miliki kepada orang yang bernasib malang daripadamu?? Sepatutnya perasaan risau akan nikmat itu mendahului kegembiraan mu kerana memikirkan kelayakan mu dalam memperoleh nikmat Nya.. Mengapa Dia memberikan kejayaan itu kepada mu? Jika hubungan dengan Allah kukuh dan utuh, maka selamatlah tetapi jika kemungkaran merupakan 'makanan kegemaran', maka yakini lah itu istidraj buat dirimu...

Jangan lah kamu berputus asa wahai mereka yang gagal memperoleh keputusan yang memuaskan hati.. Jangan lah berasa lemah melihat dirimu yang menangis dan berduka kerana perasaan sedih itu lumrah bagi makhluk yang bernama manusia.. Bukankah kebanyakkan daripada nikmat yang dikurniakan Allah itu istidraj kepada hamba-hambaNya?? Sedarlah bahawa segalanya itu milik Allah semata mata.. Jangan lah berputus asa walaupun kita sudah buntu dan tak tahu bagaimana untuk berusaha lagi.. Bukankah terdapat kisah ketika mana Nabi Musa AS bersama pengikutnya dikejar tentera Firaun sehingga ke persisiran pantai Laut Merah.. Lalu timbullah perasaan putus asa dalam diri para pengikut Nabi Musa yang mulia dan berkata "wahai Nabi Allah Musa, habislah kita, matilah kita.. di hadapan kita laut, dibelakang kita tentera firaun.. Maju mati, mundur pun mati." Kisah ini dirakam dalam surah Ash-Shuara (26: 61 -62).

Apa kata Nabi Musa dengan wajah yang tenang, "Tidak! Jangan kamu fikir akan berlaku sedemikian! Sesungguhnya aku sentiasa disertai Tuhan ku, Dia akan menunjukkan jalan kepadaku.".. Oleh kerana keyakinan baginda akan Tuhan yang dicintainya, maka Allah membelah Laut Merah untuk memberi laluan kepada baginda dan pengikut baginda.. Mindset ini lah yang perlu subur dalam minda setiap orang beriman dalam giat usahanya.. Di saat kita berputus asa kerana pada akalnya sudah tiada harapan untuk berjaya, seorang yang beriman sepatutnya masih mampu mempercayai bahawa harapan itu masih ada kerana dia yakin bahawa segala nya berlaku mengikut ketentuan-Nya.. Walaupun logik akal itu mengatakan mustahil, namun ingatlah kuasa Allah mendahului segala.. walaupun kegagalan demi kegagalan yang ditemui, sehingga harapan itu mati, cuba lah untuk tidak berhenti dan percaya bahawa pertolongan Allah sentiasa menanti.. sememangnya perit untuk menelan pedihnya menemui kegagalan, sakitnya untuk terus berjalan membawa bebanan ketabahan, ditambah realiti dunia kini yang mulut orang dipenuhi caci makian dan mementingkan keduniaan.. teruslah berjalan kerana kehidupan kita matlamat dan kejayaan yang sebenar adalah menjalani kehidupan akhirat yang penuh kebahagiaan.

Sesungguhnya apa yang ditetapkan Allah pasti ada hikmahnya.. Jika perit ujianNya, yakinlah itu tarbiah buat kita.. Jika manis nikmatNya, ingat lah itu datang daripadaNya.. Hatta keburukan yang berlaku akibat kesilapan kita (e.g.tak dapat fly kerana result teruk), tenangkanlah hati dan jangan menyalahkan diri sendiri sehingga memudharatkan diri.. pada saat itu yakinlah dan tenangkanlah diri dengan mengatakan bahawa Allah menjadikan sedemikian rupa sebagai pedoman pada masa akan datang... Apabila tiba masa itu, kita sendiri akan mengucapkan Alhamdulillah atas apa yang pernah berlaku itu... Lihatlah sebuah kisah seorang tokoh, pewaris nabi Ibnu Hajar Al-Asqalani, ketika mana pada waktu kecilnya, hafalannya gagal, menuntut ilmu tidak melekat.. berkali kali beliau cuba belajar dan berusaha, namun kegagalan juga menemuinya sehingga dia berputus asa.. lalu dia melarikan diri ke sebuah gua kerana takut dihina masyarakat.. hidayah datang menemui dia.. di dalam gua tersebut dia terlihat titisan air menitik ke atas sebuah batu sehingga terhasilnya lekukan..hati kecilnya berkata, batu yang sekeras itu pun mampu dilembutkan dengan air, inikan hati aku yang tidaklah sekeras batu ini dan ilmu itu lebih halus dari air ini.. Maka dia kembali ke kampungnya untuk kembali berusaha dan akhirnya beliau menjadi seorang ulama yang unggul..

Apabila nabi Musa ditanya, mengapa ramai yang zalim itu memperoleh nikmat daripada Allah.. Nabi menjawab dengan ucapan yang hebat dan penuh hikmah.. "Sesungguhnya bumi ini milik Allah. Dia berikan nikmat kepada siapa yang dia kehendaki dan menarik nikmat daripada sesiapa yang dia kehendaki, tetapi kemenangan dan kejayaan di akhirat kelak hanyalah milik orang-orang yang bertakwa.".. Maka jelaslah kita bahawa kecemerlangan dan kejayaan kita diberi oleh Allah atas kehendakNya bukan usaha kita.. Oleh itu, yang cemerlang elakkan berbangga dan bercakap tentang kejayaan dihadapan orang yang kurang bernasib baik,,, Yang kurang bernasib baik pula, janganlah bersedih hati, walaupun realiti dunia akan menekan mu, bersabarlah, kerana kegagalan dalam menjawab peperiksaan tidak menilai harga sebenar dirimu... sesungguhnya nilaian orang berilmu yang berjaya hanyalah satu,

"Hanyasanya orang yang takutkan Allah itu di kalangan hamba-hambaKu yang berilmu"
(Ash-Shuara, 26:197)

Sekian sahaja daripada saya kali ini.. Maafkan saya kerana agak panjang perkongsian kali ini.. Namun, inilah sedikit sentapan buat si bijak dan penyuntik semangat buat yang berduka..

-Rikudou Saiyan- 

You Might Also Like

0 Comments